Monday, October 5, 2009
Layakkah kita??
Islam sebagai agama yang syumul, mencakupi seluruh aspek kehidupan. Daripada sebesar-besar perkara hinggalah kepada sekecil-kecilnya, ada diajar dalam agama ini. Ada perkara yang dikatakan sunnah, iaitu perkara yang dilakukan dan diajar oleh Rasulallah s.a.w.
Sebagai contoh yang mudah, apabila sahaja kita celik mata di pagi hari, maka digalakkan kita membaca doa bangun tidur, diikuti doa masuk tandas. Ada doa istinja’, doa sesudah keluar tandas dan doa selesai berwudhuk. Bahkan cara-cara untuk membuang air juga ada diajar, sehinggalah kepada perkara-perkara lain dalam kehidupan seharian kita.
Tidak dinafikan perkara-perkara kecil seperti ini, ramai dari kalangan kita yang tidak tahu atau tahu, tapi tidak mengamalkannya. Perkara sunnah yang sebenarnya jika kita lakukan mendapat pahala mudah dan percuma. Sekadar meniru/mengamalkan apa yang diajar oleh Nabi s.a.w dengan kesedaran bahawa ia perkara yang diajar oleh Nabi dan kita menurutinya kerana ingin mencontohi Baginda. Sebagaimana sabda Baginda, “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Namun, perkara mudah ini sering membuatkan kita terlepas pandang. Dek terlampau mudah, maka kita tidak ambil peduli atau memandang enteng malah tidak tahu langsung mengenainya!
Pun begitu, bukan perkara yang pelik kerana pernah disebut di akhir zaman ini, perkara sunnah jika dilaksanakan akan dipandang aneh oleh masyarakat malah, percubaan untuk mengamalkan apa diajar oleh Islam itu ibarat menggenggam bara api.
Contoh yang mudah, orang tidak pelik kalau dalam jamuan buffet, ada makanan yang sengaja dibazirkan. Ambil berlebih-lebih daripada yang boleh dimakan, kemudian ditinggalkan begitu sahaja. Sedangkan jelas dalam al-Quran Allah swt menyebut, “Sesungguhnya orang-orang yang membazir (boros) itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” (surah al-Israak: 26)
Tetapi kalau dimakan sampai licin atau dimakan dalam dulang beramai-ramai, akan terdengar kata-kata seperti kuat melantak atau geli makan berlaga tangan.
Teringat saya satu peristiwa sewaktu berziarah ke rumah seorang saudara. Kami sekeluarga dijemput menghadiri jamuan makan keluarga. Duduk beramai-ramai makan bersila. Anak-anak saya memang sudah terbiasa di sekolah duduk makan setalam dengan rakan-rakan. Malah diajar pula duduk mengikut sunnah oleh ustaz dan ustazah mereka (duduk di atas telapak kaki kiri - seperti dalam tahyat awal dan kaki kanan dilipat dan ditegakkan. Justeru kalau menyuap nasi, tangan kanan ibarat memeluk lutut, manakala tangan kiri pula menongkat di sebelah paha kiri).
Memang bagi yang tidak biasa, agak susah juga untuk duduk sedemikian, tambahan pula kalau badan agak ‘gumuks’ (macam maknya nih hehehe..tapi bolehlah diganti dengan bersimpuh macam dalam tahyat). Ada hikmah duduk sedemikian sebenarnya, perut menjadi cepat kenyang, jadi tidaklah kita makan terlalu banyak. Maka komposisi keseimbangan dalam perut akan terjaga; 1/3 ruang untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi untuk air.
Namun sebagaimana yang dinyatakan, bukan semua orang tahu perkara kecil yang memberikan bonus mudah ini. Lantas anak-anak saya ditanya kenapa duduk sebegitu? Sakit lututkah? Anak-anak bulat matanya memandang ke arah saya dan tersenyum-senyum. Aduh…susah juga untuk menjawabnya. Mujurlah pandai pula anak-anak menjawab, ‘dah biasa duduk makan macam tu kat sekolah’.
Begitu juga saya dan suami ditegur mengapa makan sisa anak, kerana memakan baki nasi yang tidak habis dimakan oleh anak-anak. Takut nanti anak-anak akan melawan cakap atau tidak mendengar cakap ibu dan ayah. Entahlah, saya tak pasti benarkah begitu. Tapi bagi kami berdua, yang lebih penting jangan membazir. Bimbang menjadi saudara syaitan. Cubalah setakat yang terdaya, walaupun ada kalanya terbabas atau bersekutu juga dengan makluk bertanduk itu! (astaghfirullahal azim).
Bukan tujuan untuk ‘showing off’, cuma sekadar mencatat betapa kita di akhir zaman ini tidak lagi mengamalkan sunnah mudah yang diajar oleh Baginda s.a.w. Bukan hanya anda, saya yang mencatat ini juga sering alpa!
Justeru, bagaimanakah kita ini hendak mengaku diri umat Nabi Muhammad tatkala mengharapkan syafaat Baginda di hari perhitungan nanti?? Tak malukah kita mengaku umat Baginda sedangkan sewaktu di sini kita tak pernah mahu menelusuri sunnah Baginda? Layakkah kita memohon syafaat Baginda?? (astaghfirullah!)
Allahumma salli 'ala Muhammad
12 comments:
ye lah kak Nik...sekrg ni segala yg baik dn mengikut sunnah sudah janggal di mata org. silap2 haribulan, dipandang negatif pulak!
Psl buffet 2, 2 senario bese Nik. Mcm dgki jer ek? Trbalun ke skala mknn yg mrk amik 2. Klu d walimah kenduri kendara lbeh trok, lauk pauk kllg pggn. Ad yg x brjamah lps d tgglkn. Apa salah amik yg mne trpiawai dek selera 2 jer ek? Ur perfect 2 d core - Istighfar..istighfar! Ney mesti ilham plang dr open hse, tol tak? Mkn se talam 2 seronok Nik.. time mseh bbudak, dlm mjlis Maulud Nabi selalunya.
sunnah walau kecik kalau diikut pun besar ganjarannya...nuar pegang pd prinsip yg akak tengahkn dlm entry nih...biarlah kecik tp cermin diri kita jugak...mcm sunnah adab potong kuku dan mcm2 lg...
tapi kalu part buffet tu mmg betol...tapi kalu nuar dont worry sbb mesti habih punya makan...hihihi...saper membazir tu rugilah... =D
:( kak nik, entah kena sham sedih sangat baca entry akak nih, takut pon ada.. Kak betapa kita ni terlalu lemah dan mudah dilalaikan.. Semoga kita di pilih untuk melihat Allah dan Rasulullah DISANA..
Salam kak nik...salam rindu..
ahah betul tau kak..selalunya kalau anak2 tak abis makan memang saya ngan abg akan ngabiskan sisa mknn derang..tapi org lain pandang pelik pada saya ngan suami..ada tu siap kata saya ni memang buruk lantak!...pepun...benarnya...sayangrezeki membazir...dan betapa beruntungnya kita dpt mknn mewah macam ni..
pasal benda2 lain yang sunnah tu saya rasa patut kita sebagai ibu bapa galakkan anak2 bermula dr rumah...tak gitu..mudah2an.
salam ain..
Itu lah.. mmg susah sbb org tak faham dan tak tau.
kak haiza..
mmg itu lah terjadikan?? sebenarnya benda ni dah lama duk terpk nak tulis. dan ada peluang ni tu yang terus buat! hehee
salam nuar..
Biar kecik asal istiqamah.. itu lebih bermakna dan lebih disukai-Nya. Dan jangan membazir
Sham.
Yelah sham...dengan perangai kita, layakkah kita ni mengaku umat Nabi Muhammad? Apapun semoga kita beroleh ehsan Allah dan keampunan-Nya.
salam rindu untuk aJa jugak..
Btol aJa, kita sebagai ibu bapa kena ambil insiatif menerapkan amalan sunnah yang termampu oleh kita. Dan jangan malu belajar dengan anak2.
ha ah kak...
bila makan nasi anak yang tak habis, katanya nanti anak pijak kepala..
bila suami habiskan makanan isteri, katanya nanti kena queen control..
tak boleh ke tengok sesuatu tu dari sudut yang baik?
salam sya..
apa salahnya makan baki pasangan yang tak habiskan.. mengeratkan kasih sayang..
Akak pernah dengar (btol ke tak, tak tau lah..) kalau dpt pasangan soleh@solehah, habiskan makanan yang bersisa tu!
Teringat anak akak cerita, ustazah kat sekolah dia makan sisa anak murid yang tak habis.. kata dia nak nangis rasa tengok! Akak yang mendengar pun rasa sayu..mulianya hati guru tu... dan pesan akak pada anak, jgn sekali2 melawan guru atau mencerca.. nnti tak berkat ilmu..
Dear Kak Nik,
Mmm..
Hari tu berbuka (buffet) dan tak d nafikan memang makanan banyak.
Yang pastinya, LOL 'kasihan' tengok makanan dibuang mcm tu jer.
Thanks untuk n3 ini. Baik sebagai perkongsian terutama kepada mereka yang suka mendalami tentang Sunnah Nabi.
Thanks birthday wish Kak kat LOL k.
Take care.
hi lol..
mmg sayangkan tgk makanan terbuang. kita di sini buang2. ada orang lain yang sampai mati sbb tkdpt makan!
Post a Comment