Saya sebenarnya nak berkongsi kegembiraan dan lawak dengan sahabat semua!..Gembira sebab tepat jam 10.35 tadi, saya telah lulus ujian undang-undang untuk mendapatkan lesen memandu!!! Gelak guling-guling..(agaknya saya saja editor/wartawan yang takde lesen!)
Lawak sebab saya hampir terpaksa menduduki semula kursus 5 jam kerana tempoh setahun yang diperuntukkan untuk menduduki ujian undang-undang sudah hampir tamat tempohnya, tak sampai dua minggu! Semuanya gara-gara bertangguh dan kononnya takut tak lulus.
Memang jadi bahan ketawa dibuatnya. Apapun ternyata tak sia-sia berjaga sehingga jam 3 pagi kerana kononnya mengulang kaji (huh..macam nak exam waktu di universiti pulak!). Itupun puas digelakkan oleh suami kerana katanya buat malu aje kalau tak lulus.. ujian di universiti yang susah pun boleh lulus, inikan pula ujian yang telah ada soalan bocor! Iyerlah tu.. tahan ajelah telinga!.
Apapun ia membuatkan saya terfikir sendiri tentang kelemahan diri saya sejak dahulu.. suka menangguh! Last minute study! Last minute buat assignment! Biarpun stress bagai nak 'rak' tapi seronok pula... inilah yang dikatakan stress positif agaknya (gelak guling-guling).
Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya lulus dengan 47 markah dengan sekali ambil sahaja..(hahaha..orang lain dah berzaman lulus, saya sudah berumur 40 tahun baru lulus), jadi tak payahlah saya bersengkang mata lagi!
Saya pernah ditanya tidak susahkan saya hendak ke sana ke mari tanpa lesen memandu sedangkan bidang tugas saya memerlukan saya keluar. Sebenarnya saya tidak pernah terfikirpun kesusahan tersebut, mungkin di KL ini kemudahan public transportnya efisyen. Hanya terasa susah apabila telah ditanya! Itulah agaknya mainan psikologi.
Insya-Allah kali ini saya sudah bersedia mental dan fizikal. Doakan saya berjaya ye! Dan harapnya ujian memandu nanti tidaklah sampai habis tempoh dua tahun pula sehingga perlu kursus sekali lagi!
Siapa musuh utama kita?
3 days ago
16 comments:
tahniah kak...lepas ni berhati2 di jalanraya tau =D ngeee
hahaha....tahniah..tahniah..lepas ni dah tak payah pakai driver ler. Teringat dulu2, akak amek lesen masa kat U, bila ada kawan sewa kereta dan suruh akak pandu...akak sampai termuntah kat tepi jalan. Tapi la ni depa panggil akak Packy Shumacher..hehehe...La ni Nik Shumacher in the making lah gamaknya...
Tq nuar...insya-Allah, berhati2 sentiasa..pstt,tahniah jgk buat nuar atas kelahiran novel tu!
salam kak mawar,
Nik Shumacher...wah i like!..iyelah, lepas ni driver boleh goyang kaki dah
Assalamualaikum kak nik.
1. TAHNIAH! Sebab dah berjaya lulus ujian lesen memandu.
2. Pengajaran tuuuu... kerja tak elok bertangguh-tangguh, nanti banyak yang terlepas. Kakchik pun ambil iktibar ni sebab ada juga masa2 suka tangguh keje.
3. Kira hebatlah kak nik sebab selama ni lincah ke sana sini w/pun tiada lesen memandu. Mest ada pembantu yg bagus ni.
kak nik,
salam perkenalan dari eila jugak...tu ar eila pun sangat blur biler akak tegur eila nurul..angguk ajerlah sebab namer dalam surat beranak nurul azalila...ekekek..eila mmg tak beraper nak kenal pun dgn orang2 disana...datang sekadar memenuhi undangan kak suraya *thanks to kak notie also sebab bawak kiter ke sana dan kak noor yang tak luper nak masukkan namer kiter*...hope akak enjoy biler baca contengan yang tak seberapa tu..salah silap harap dimaafkan... :)
luvs,
eila
Dear Kak..
First time baca n3 kak yang horeey..
Selebihnya buat LOL duk berfikir..
Hehe..
LOL dah pernah bayar. Dah pernah datang kelas tapi dek kesibukan keja siang malam terabai lak lesen tue. KAdang terlupa..
Akhirnya dah nak expire dan akan expire..
*Setahun mcm kejap jer..
TAHNIAH Kak..
LOL senyum2 baca n3 Kak..
hihihii...kelakar lah kak nik ni!!! apa2 pun tahniah ye kak!!! pas ni panjang le langkah tuuuu!!! boleh sampai ke jb le nanti!!!
tahniah kak. seronok pulak baca entri horey ni. ida doakan akak akan lulus lesen P pulak lepas ni yea. lepas tu... drive carefully!
Tahniah Kak Nik.lepas ni senang la nak pergi ke mana-mana.
tahniah...
jgn jadi cam saye dah enam tahun memandu tanpa lesen...ala dekat2 umah aje...
akak, sham ni tersangkut kat lesen L je lagi..inshaAllah esok lusa nak gi smbung kelas memandu balik..anyway congrates kak nik..tunggu cik milah kita lak lepas ni..ke dia nak saing dgn anak teruna dia...tak tahula plak..hahaahhaha
kalau Aja mmndu tnp lesen 6 thn, I puluhan thun Nik, dlu tiap hjung minggu k KL n Sg Buloh mse arwah hubby maseh ada. Dia ske brdngkur sblh n biarkan wife yg pndu. Jd I pcut 160 km spjg matanya mseh pjam. Brpe X lewat road blk by JPJ, kumat-kamit mlut bce ayat Qursi, lpas. Prnh polis tnye mne lesen, I blas nk lesen kpl terbang k lesen apa? Dah..dah.. jln lah..balas dOrg. Ada skali kne thn dan dia org mintak lesen, I tunjukkn IC bru..dia org blek2 n sngka I gnekn mende 2 utk sumer urusan I, wlhl atm I ada bbrp keping dlm pouch..tp dah tua ney tak nk 'putar-putar' lg so 4 yrs ago I got my licence, now..x yah berlakon lg. Malangnya, lpas dpt licence per 1 X kne saman, 2 pun kuar hujung rumah jer..kesian kak Haiza kan? Spndai2 tupai.. Moga Nik lulus dgn cemerlang. Sayang Nik!
Biar betul kak Nik masih blum ada lesen memandu?Tergezut ana.Tu lah dok pikir abistu kak nik p keja dgn apa?Sori lah ana terlupa..kat KL xdak lesen pun x mjadi hal sbb byk kenderaan awam.Buat apa nak susah2 penin2 kepala memandu dlm jem, betul tak?Yg dah ada lesen pun slalu ngelat nak pandu keta..alasan penin bw keta..dgn jem lg..dgn tol lg..lebih baik naik kenderaan awam, bayar tambang & rilek jer sampai destinasi.
Tp kalo ada pon x jd mjadi kesalahan. Kan kita ni digalakkan belajar/menuntut ilmu hingga liang lahad. :)
Anyway, tahniah sbb dh lulus peksa. Ana doakan kak Nik lulus ujian memandu plak nnti.
salam kakcik
tulahkan..perangai buruk suka menangguh, banyak perkara tak setel!
Alhmdulillah, pembantu merangkap personal drebar yang sgtttttttttt bagus..hehehe.
ila..
org lama lah katakan...
lol dearie..
dah dpt lesen ke blom? ke terhenti gak.. klu terhenti sambung cepat..ntt kita rempit togeder-geder hehe..hmm..mmg skjp je masa berlalu kan?
salam
ain..
hmm tu lah akibat menangguh..tp semangat waja skrg ni nak dpt kan lesen secepat mkgin heheh
ida..
tq dik.. mmg nak segera dptkan lesen. tknak peram dah hehehe.
ani.. terima kasih ziarah kat sini.. insya-Allah harap2 gitu..jgn jd lesen peram heheh
salam
aJa..wah! beraninya! baik amik klu tak amik lagi..
Sham..
Ari tu ckp ngan si dak milah..dia kata aku bilalah plak, hari2 lalu dpn skolah memandu!
KaK Haiza darling..
Hmmm cmner tu? tkde lesen tak kena saman, dah berlesen boleh plak kena saman..tapi takpe kan..at least apa2 dah berlesen kan??
ana..
hehehe..tulah kan. Ramai yang terkizut bila akak kata takde lesen..mcm mana boleh survive? heheh tkpe lepas ni boleh merempit hahaha!
Post a Comment