S486-007 Image Source Royalty Free Photograph
Apabila disebut ibadah solat atau sembahyang, pasti kita semua sudah tahu perihal kewajipan yang telah ditetapkan ke atas setiap umat Islam yang mukallaf ini. Solat, sebagai rukun Islam yang kedua mempunyai signifikan yang besar ke atas hidup seseorang muslim seandainya ia dilaksanakan dengan sebaiknya.
Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud, “…dirikanlah solat, sesungguhnya solat mencegah perbuatan yang keji dan mungkar..”
Berdasarkan ayat tersebut, Allah SWT telah menjanjikan betapa sekiranya solat itu didirikan dengan menepati ‘piawaian’ yang ditetapkan maka ia berupaya mengelakkan seseorang muslim itu daripada melakukan sebarang perbuatan yang menjerumuskan mereka ke arah dosa.
Telah banyak kajian yang dilakukan oleh para saintis terhadap kebaikan ibadah solat. Antara penemuan menarik ialah terdapat satu saluran darah pada otak manusia yang darah hanya akan melaluinya sekiranya manusia bersujud (salah satu rukun dalam solat).
Malah, lebih menarik lagi, kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Professor Madya Dr Fatimah Ibrahim menemukan bahawa masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.
Menurut laporan akhbar 6 Ogos itu, melalui terapi itu, seseorang lelaki yang memiliki masalah berkenaan perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu (solat sunat awwabin 8 rakaat dan solat zohor sahaja rasanya sudah mencukupi 12 rakaat!).
Membaca laporan tersebut mengingatkan saya kepada temubual yang pernah saya buat dengan seorang pakar sakit puan, iaitu Dr. Amir Farid Dato’ Isahak, pada tahun 2000. Selain seorang pakar perubatan, beliau juga merupakan pengajar senaman Qigong (sebutannya jigong), iaitu satu teknik senaman dari China yang semacam tai chee dan seumpamanya. Senaman ini juga merupakan salah satu kaedah untuk mencegah dan merawat penyakit kanser serta penyakit lain.
Namun apa yang menarik untuk dikongsikan ialah bagaimana Doktor ini ‘terpilih’ untuk menjadi tenaga pengajar senaman ini dan bentuk senaman yang diajarkan. Menurut Doktor Amir, beliau telah diperkenalkan oleh seorang saudara baru yang menjadi sahabatnya kepada seorang Guru (master) Qigong Muslim yang berasal dari China. Malah apabila terpandang sahaja wajah beliau, master tersebut terus memberitahu sababat doktor tadi, bahawa inilah lelaki yang dilihatnya dalam mimpi untuk diturunkan ilmunya.
Setelah belajar teknik-teknik senaman tersebut, beliau memberitahu berlaku suatu perkara pelik apabila setiap kali beliau ingin mendirikan solat. Sebaik sahaja mengangkat takbir maka gerakan tangannya dan anggota lain seolah-olah dikawal oleh satu kuasa agar melakukannya dengan penuh tertib dan tidak terburu-buru. Malahan beliau lebih dapat merasakan setiap pergerakan anggota dalam solat berbanding sebelum ini. Dan sebagai pengamal perubatan, beliau tidak menafikan bahawa mungkin itulah yang dikatakan terapi dalam solat.
Sebagai seorang pengajar Qigong, beliau mempunyai ramai anak murid dari pelbagai kalangan masyarakat. Pernah beliau mengajar sekumpulan kaum Cina di Kelang dan senaman Qigong yang terasa paling berkesan ialah melakukan pergerakan-pergerakan dalam solat. Hal ini diakui sendiri oleh anak muridnya itu.
Justeru, jika Allah telah menjamin bahawa solat boleh mengubati penyakit rohani (perbuatan keji dan mungkar) maka sudah tentulah penyakit fizikal ini lebih mudah diubati. Cuma yang menjadi persoalan, mengapa kita bersolat tetapi masih juga kekal melakukan kefasadan? Di mana nilai solat kita sebenarnya?
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago
9 comments:
tarikh nafas bce..pas 2 tngn trikut-ikut ngkat takbir nk selami terapi doc 2..best artikel ney..ad lg?
saya masih berterusan berusaha untuk melakukan solat yg betul2 berkualiti, khusyuk dn memahami setiap bacaan. barulah solat saya akan jd terapi.
There were thsese moments dlm solat, kte rse hambar..agaknyer solat 2 x smpai k ustazah Nik? Tp ad mse2 - trasa indah n syahdu sekali. Mse 2 rse nk trus melekap atas sjdah..Ptt U bykkn artikel psl solat n khusyuk ney..I bce 2 kali ..nxt time nk jot down few facts
nik..
nak dapat solat yang khusyuk punyalah sukarkan..ada sahaja yang menganggu fikiran kita sebagai manusia...
betul tulisan nik nie..bila kita solat terasa yg sakit kita hilang tatkala kita bertakbir..dan terus hilang bila bagi salam..masa sujud terasa dekat dgn Pencipta kita..alhamdulilah...
Solat juga adalah untuk makanan jasmani, tiap gerakan yang dibuat hendaklah penuh dengan perhatian dan ramai di antara kita bersolat dalam keadaan acuh tak acuh dan lembab+lembik
Salam Kak Nik..
Artikel menarik dan penemuan terbaru yg saya baca mengenai solat.. Alhamdulillah... teruskan usaha akak menggali tentang rahsia kekhusyukan solat.... saya masih dlm peringkat percubaan... belum dpt erti nilai khusyuk yg sebenarnya... baca surat An-Nas boleh membantu juga mghindar dari gangguan syaitan...
salam kak haiza.. banyak sbb solat tak khusyuk. Sumber rezeki, banyak ketawa, melengahkan solat.. pendek kata apa yang dibuat di luar solat mempengaruhi dlm solat..dan begitu juga sebaliknya.
Ain..
betol ain.. setiap kali solat setiap kali kita perlu memperbaharui tekad..semoga solat kali ini lebih baik dari sebelumnya..
Kak yati.. mmg benar.. namun Allah maha pengasih... mengikut satu buku tazkirah "khusyuk dlm solat" amalan solat kita dikira setakat yang kita khusyuk sahaja.. astaghfirullahal azim.. mohon ampun dan belas Allah
kak asma..solatlah ibadat antara hamba dan khaliknya paling saat hamba paling dekat dengan Tuhannya ialah di kala sujud.. solat terapi iman, terapi badan dan terapi kehidupan..
Bro mie..
sebagaimana kita perlu makanan jasmani, begitulah rohani juga perlu kepada makanannya.. jika kita perlu makanan yang baik2 untuk jasmani maka sudah pasti rohani juga memerlukan 'makanan' yang lebih baik 'dimasak'sebaiknya.
salam dida..
mmg benar klu digali..banyak lagi kelebihan solat dari sudut saintifik yang ditemui... apapun sebagai org beriman, kita tidak seharusnya tidak memerlukan sebab atau akibat untuk melaksanakan suruhan-Nya.
"Beribadat kerana inginkan balasan..itu ibadat org berniaga
beribadat kerana takut siksaan Tuhan, itu ibdat orang berjiwa hamba
beribadat kerana syukur akan nikmat-Nya, itu ibadat orang yang berjiwa merdeka!"
Salam Kak..
"Hati yang IKHLAS dan BESUNGGUH-SUNGGUH.."
Post a Comment