Sudah lama saya tidak masak nasi daging. Kebetulan pula apabila ke pasar Selasa lepas, suami membeli daging lembu sekilo. So apa lagi.. hari ini menunya nasi daging
Bagi yang ingin mencuba, saya sertakan resipinya sekali
Nasi Daging
1 kg daging lembu (potong nipis dan rebus hingga lembut)
4 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
3 helai daun pandan
1 paket sup bunjut adabi
2 sudu rempah kari daging.
Bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih
Kismis (jika suka)
3 sudu minyak sapi dicampur dengan minyak masak
1 cawan susu cair dicampur dengan 1 biji limau nipis (jadikan tairu)
Cara:
Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar bersama.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak secukupnya.
Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan bahan yang dikisar. Masukkan rempah kari dan sup bunjut.
Masukkan daun pandan dan serai.
Masukkan beras yang telah dibasuh dan direndam selama satu jam.
Tambahkan daging dan air rebusannya (tambah air secukupnya untuk memasak nasi)
Masukkan garam, perasa, gula dan tairu.
Biar sehingga nasi masak.
Tabur dengan bawang goreng dan kismis apabila nasi telah masak
Hidang nasi dengan air asam kerisik
Air asam kerisik
10 tangkai lada merah
10 biji cili api (jika suka)
garam, belacan, gula dan air asam jawa secukup rasa
satu sudu besar kerisik
2 labu bawang besar – didadu
1 biji tomato – didadu
Caranya
Blend atau tumbuk cili, garam, belacan, gula.
Masukkan kerisik, bawang besar dan tomato yang didadu.
Masukkan air asam jawa, kacau dan hidang.
Aktiviti wajib saya di hari minggu juga melayan pokok bunga ros dan kolam ikan. Hilang tension.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
1 week ago
3 comments:
salam KakNIk,
sedap nyer nasi daging.. buat perut bergelora pepagi nih.. dulu2 masa selalu gather2 dgn kawn2 muslimat.net ade le few sis yg masakkan nasi daging... ahh, rindu nyer.. sejak dah kahwin ni, dah lama tak gather2 lagi.. mekasih kakNik resepinya.. kena buat sendiri la gamaknyer nih...
Salam nik,
Mana lebih dasyat... tak pernah sampai Tmn Tasik Titiwangsa atau tak pernah masak nasi daging? Heheh... Itulah realitinya... nasi daging pun akak tak pernah buat. Dah ada resepi ni bolehlah cuba...
nik..bersiap sedialah anda dengan nasi daging...orang Penang bakal menyerang...he..he..he...
Post a Comment