skip to main |
skip to sidebar
Harapan...besar perkataan tu sebenarnya. Bernilai infiniti.. Menggambarkan rasa seseorang..kehendaknya. Yang tak pernah ada satu titik masa. Selagi boleh bertahan dia akan bersabar dengan harapannya. Harapan...mungkin kesampaian atau mungkin tidak? Ia berkait dengan takdir.
Teringat lagu Aiman - Cinta Terakhir.
Mungkinkan terputus di tengah jalan,
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan,
Segalanya ketentuan Tuhan....
Dalam hidup, harapan ibarat satu jalur sinar waktu kita dalam kegelapan. Ibarat satu kekuatan saat kita rasa ingin rebah. Something soothing when we feel restless. Sebab itu jangan pernah berhenti berharap, kerana harapan menjadikan kita kuat, sabar dan tidak mengenal erti putus asa. Harapan akan menjadikan kita tak henti berdoa dan meminta daripada Pemilik Segalanya.
Doa dengan yakin pasrah dan tabah...dan pastinya dengan sabar. Yakin seperti firman-NYA.."AKU ADALAH APA YG HAMBAKU SANGKAKAN" ~ mengajar kita untuk bersangka baik yg DIA TAKKAN SIA-SIAKAN DOA DAN HARAPAN KITA.
Mampukah kita? Mahukah kita...?
Benar! Tak semudah itu untuk kita bertahan dengan harapan yang ada...kerana sebarang kemungkinan pasti akan terjadi...hanya dengan mengamalkan KESEDERHANAAN dan KESABARAN, baru lah kita tidak akan kenal erti putus asa dan kecewa.
Bersederhana dalam menjalani kehidupan. Bersederhana dalam menyukai atau mengasihi, bersederhana dalam membenci. Ya SEDERHANA..kerana barulahkita akan mudah redha dengan segala apa yang terjadi. Dan tak kecewa.
Mahal sungguh sebuah pengajaran yang terpaksa dilalui ... tapi sangat-sangat bererti.
0 comments:
Post a Comment