Sebut tentang solat ni, memang tak dinafikan ramai yang akan kata, “saya selalu solat”. Kalau itu ayatnya, baguslah…daripada “saya solat tapi jarang-jarang” atau “saya tak solat…”.
Kemudian ada pula yang berkata, “saya solat, tapi naper ye benda-benda tak elok saya buat jugak!” Hmm…iye jugak kan? Sebab, dalam al-Quran kata… “sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar..”
Kenapa agaknya kita bersolat tapi masih melakukan perkara yang tidak elok? Banyak faktor penyebabnya? Betul. Nafsu dan pengaruh persekitaran merangsang keinginan? Betul. Sebab syaitan sentiasa menggoda kita dan kita sebagai manusia imannya senipis kulit bawang? Pun betul.
Mungkin kita perlu teliti kembali kualiti solat kita! Cuba buat senarai semak:
1. Wuduk – checked
2. Solat awal waktu – checked
3. Bacaan dalam solat – checked
4. Tama’ninah dalam solat – checked.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah."
Hassan ra berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Bagaimana untuk mendapat solat yang khuysuk agar diterima Allah SWT dan menjadi pendinding diri daripada segala perbuatan yang mungkar?
Antara yang dikongsikan dalam buku Khusyuk Dalam Solat oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, ialah:
1. Menghadirkan diri dalam solat iaitu dilakukan bersungguh-sungguh dan melupakan urusan lain (untuk itu cuba selesaikan apa yang boleh diselesaikan agar fikiran kita tenang dalam solat sebab lazimnya kita mudah teringat perkara tak settle dalam solat).
2. Merasakan bahawa solat yang kita lakukan ini adalah solat terakhir dalam hidup kita dan kita tidak lagi berpeluang melakukannya.
3. Menanamkan dalam hati bahawa kita berhadapan dengan Zat yang Agung, justeru kita tidak boleh membuat lewa.
4. Cuba memahami makna setiap bacaan
Dalam satu kisah, seorang abid bernama Isam bin Yusuf, yang terkenal dengan warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Dalam satu majlis ilmu dengan seorang abid bernama Hatim, Al-Isam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?” Lalu jawab Hatim, “Apabila masuk waktu solat aku berwuduk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Hmm..ngerinya andai solat kita tak diterima Allah, apa bekalan kita untuk melayakkan kita menempah tempat di jannah-NYA? Sedangkan solat itu perkara pertama yang akan ditanya..andai beres barulah yang lain akan beres! Kalau sangkut macam mana??? Nauzubilllahiminzaalik!
6 comments:
hmmm.. betul tu..kekadang masa solat macam2 benda yang kita ingat...
Memang selalu tertanya2 kusyuk kah solat aku ni...
banyak lagi yang perlu diperbaiki..:)
btol hawa...sampaikan ada kwn kata..klu nak ingt balik brg yg misplace, akan ingat bila waktu solat..
lemahnya iman kita kan??
Nik,
Teringat satu ceramah tu, contoh tak khusyuk. Kononnya ada org nak solat, rumah dia tepi jalan. Baru angkat takbir, bas pun lalu...dia pun pk, ini bas pi pekan...dia pun turut berangan pi pekan, shopping kompleks, makan kat food court....sedaq2, dah bagi salam. Hmm...meraban rata masa nak solat. Selalu jugak jadi gitu...huhuhu...
hehehe.. mmg tu contoh yg biasa terjadi..kdg2 kita pun dlm duk kawal tiba2 terpesong gak...
Nauzubillah!.....
hmmmmm.....macamana tu???
betul tu umi.. T_T
Post a Comment