RSS

Tuesday, September 7, 2010

Cari baju raya!

Diam tak diam, kita sudah berada di minggu terakhir Ramadhan. Biasanya minggu terakhir ini menjadi minggu paling sibuk dan minggu untuk membuat persiapan hari raya, khasnya bagi mereka yang bekerja.

Saya juga termasuk dalam kategori yang suka membuat persiapan di saat akhir. Apatah lagi kebiasaannya apabila raya, jadual kerja pun mula menjadi tak tentu arah kerana terpaksa mengejar deadline. Lalu setelah segalanya selesai, saya menggunakan kesempatan sewaktu cuti hari kemerdekaan untuk menjadi shopping trip persediaan raya untuk anak-anak!

Alhamdulillah, dengan bantuan Didi, misi mencari baju raya untuk anak-anak dapat dilakukan dengan jayanya. Kami memulakan agenda hari Selasa, 31 Ogos, pada jam 4 petang.

Dalam hujan, lepas jugak ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Orang yang membeli-belah boleh tahan juga ramainya. Bergerak dari satu kedai ke satu kedai memang agak memenatkan, tambahan pula dengan si Efa yang sibuk merengek penat dan sebagainya. Memang boleh naik angin dibuatnya.

ni aksi si Iman je..bukan baju sebenar dia pun...

Berpusing-pusing hampir dua jam akhirnya Iman berjumpa dengan baju kurung yang disukainya. Warna merah hati! Cantik pulak tengok Iman pakai. Kami memang tidak pernah ada pakaian ‘seragam’ sewaktu raya. Cuma ada sekali, kalau tak silap dua tahun lepas, itu pun anak-anak sahaja yang sama. Manakala pakaian saya sedondon dengan suami.

Semakin anak-anak membesar, mereka juga sudah ada cita rasa sendiri. Iman pilihannya merah hati, Efa pula katanya nak warna pink. Si along suka warna yang suram! Bagi saya tak kisahlah, janji masing-masing happy.

Selepas Iman, kami mencari pula pakaian untuk si Efa. Hai! Susah juga mencari baju untuk si kecil saya ini. Anak-anak sekarang, sudah ada cita rasa sendiri, bukan seperti zaman kita kecil dahulu. Ikut sahaja apa yang mak belikan. Jenuh juga mencari baju untuk si Efa, akhirnya dapat juga di Kamdar! Tengoklah aksi si kecil saya... memang boleh hilang sabar dibuatnya. Mujurlah dia akhirnya gembira dengan pilihan uminya.





Misi untuk si along agak mudah. Dia sebenarnya sudah berkenan dengan sehelai baju kurung tapi saya menyuruh dia melihat-lihat dulu yang lain. Pusing punya pusing akhirnya berpatah balik juga ke kedai yang awalnya dia berkenan..(patutlah si abahnya selalu malas nak menemankan kami shopping kerana katanya leceh. Bila Didi offer nak bawak, memang sangat dialu-alukanlah!). Mujurlah setelah pusing kali kedua daripada harga RM85 sepasang dan dikurangkan menjadi RM80, akhirnya baju tersebut dibeli dengan harga RM75!

Sebaik sahaja selesai membeli baju, bergegas ke Kompleks Pertama untuk solat Asar. Jam pun sudah menunjukkan 6.45 petang. Sebaik selesai solat Asar terus sahaja mencari tempat untuk berbuka. Mulanya teringat nak berbuka di restoran Idasm pemilik blog Hadiah dari Hati. Teringin nak merasa cheese nan Ida yang femes tu..tapi bila call nak booking tak ada jawapan daripada Ida. Tau, dia mesti sangat sibuk melayan pelanggan. Jadi berbukalah dulu di Pertama Complex .


Setelah selesai membeli kasut untuk anak-anak, tiba-tiba dapat panggilan daripada Ida bertanyakan kami di mana. Lalu akhirnya kami pun singgah juga di restoran Ida. Dapat juga bertemu Ida akhirnya, walaupun ini sudah kali kedua saya ke restoran Ida. Dan akhirnya dapat juga merasa cheese nan Ida yang memang sedap tu! Saya dan anak-anak makan cheese nan, manakala Didi plak order garlic nan.


Mulanya ingat nak terus balik selepas membeli keperluan raya anak-anak, tiba-tiba anak-anak minta dibawa berjalan-jalan. Kata mereka nak ke Dataran Merdeka. Ikutkan, rasa malas sangat sebab dah terasa kepenatan. Tapi Didi memang rajin melayan, jadi sampai jugalah kami ke Dataran Merdeka.

Ramai juga orang mengambil angin bersiar-siar di Dataran Merdeka. Kebanyakannya membawa anak-anak. Kebetulan ada yang menjual alat permainan yang agak unik. Bercahaya, dilastik ke udara macam bunga api pula. Si along bukan main lagi. Ambil kesempatan bermain kat situ. Bengang si Iman kena kongsi dengan along, tapi akhirnya along suruh Iman belikan satu untuk dia. Lucu melihat gelagat anak-anak. Tapi Efa buat kami kering darah seketika. Dia boleh merayau seorang diri dalam pada kami sibuk nak ajak dia bergambar. Kecoh sekejap dibuatnya, sebelum ternampak dia terkedek-kedek berlari di atas padang!.

Dalam keseronokan melayan kerenah anak-anak dan menikmatan keindahan malam di tengah kota raya, pandangan kami tercemar dengan gelagat sepasang anak muda. Gaduh-gaduh manja di tengah padang, yang beruntungnya si lelaki dapat pegang sana sini. Aduh...! Apalah nak jadi anak-anak muda hari ini. Masya-Allah, malu saya dengan Didi!.

Begitulah kisahnya mencari baju raya anak-anak, sebelum kami balik jam 11 malam.

13 comments:

Marzalina said...

wah..mission membeli baju raya dah selesai la kak nik?? hehehe

samalah kat mana2 pun kak nik...kalau pi shopping complexs..sakit jugak pemandangan mata ni melihat gelagat remaja hingusan yg dok bercouple di bulan posa...aduhai...kekadang nampak cam lawak plak haha

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Intan..
Dah selesai dah intan.. tulah intan, tgk gelagat anak muda, sakit mata kita yg dah berumur nih hahaha

SyaCha PQah Abdullah said...

nak ikotttttttttttttttt...

adrin_malina said...

td dapat duit raya dari seorang kawan yg sgt dijeleskan oleh cik abg. katanya saya ada scandal dgn kawan saya tu. hehehe... duit raya pakai transfer aje.. dia suruh beli baju raya. so.. esok nak turun ke KL, pi ke OUM amik surat tuk EPF dan selepas selesai urusan tu akan cuba merajinkan diri mencari sepasang baju raya pulak. mungkin singgah di jln TAR seketika.

Didiii aka ee said...

salammm,

hahahha mmg best gi jln2 dan lyn anak2 akak neh. Tambah2 si iman tu...mmg cute mukanya to kalo sekali naik angin ssh gak nk pujok dia...tp kalo ngan Didi kalah gak dia...akhirnya tersenyummm gak..pape pown dh ada baju raya dan kasut raya...yg xleh tahan ngan si iman tu...nk tahu kasut apa dia beli...tuk raya..kasut sneaker..adusss...punye sempoiii dak neh....mmg xsesuai tuk raya tp janji si iman happyyyyyyyy....sokmo..!!!

Selamat Hari Raya.. buat akak yg tersayang dan sekeluarga...!!

Suhana Shahril said...

Haha..ana leh geng dgn kak nik
Jenis suka bli last minit jugak
Kalo nk bli awal2 raya..mcm x patut..org nak sambut ramadan..dah kelam kabut nak bli pakaian raya..
Apa2 pun
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DAN MAAF ZAHIR BATIN
untuk akak sekeluarga

nurzinnirah said...

assalamualaikum..ummi..hajar tgk huda asyik sembunyi aje..huhu..malu ye huda..best tgk ummi dgn anak2 dan aunt Didi

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Cha...mana boleh, trip ni eksklusif je tau hehehe..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

AD.. rezeki jgn ditolak..sure dah dpt pilihan yang terbaik kan..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

didii...tq soooo much layan budak2..n selamat hari raya jgk untuk didi..(though kena keje on raya)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

ana.. selamat hari raya gak untuk ana. semoga gembira bersama keluarga.

Hajar..
huda mmg gitu, malu2 kucing.. nanti jemputlah ke rumah umi ye..boleh kita beramai2.

idasm said...

selamat hari raya kak nik. hehe.. berjumpa jugak kita kan. tak sangka pulak. tp mmg seronok bersembang ngan kak nik. ceria aje.

best baca kesah akak jalan2 shopping ni. tp seriau jugak baca kesah efa yang hilang sekejap tu.. risau betulkan. sib baik tak apa2..

MAAF ZAHIR BATIN....

adrin_malina said...

huhu.. tak beli pun baju rayanya. tak jumpa yg berkenan. pecah rekod tahun ni tak berbaju raya