RSS

Thursday, April 1, 2010

Calon menantu anak luar nikah?

Sudah agak lama tidak meng update blog. Nampaknya macam dah nak bersawang dah. Nak kata sibuk, memanglah kesibukan itu lumrah. Tapi mood nak menulis sebenarnya rasa macam tenggelam timbul.

Apa pun, sekadar berkongsi pendapat dengan sahabat sekalian. Akhir-akhir ini, isu bayi dibuang dan didera kembali mengisi dada akhbar. Laporan akhbar yang merakamkan 17300 anak-anak luar nikah sedang menanti kelulusan pendaftaran di jabatan pendaftaran negara, sudah cukup membuktikan tenatnya masyarakat kita hari ini.

Terasa-rasa, betapa fenomena akhir zaman yang diceritakan dalam hadis sebelum ini semakin jelas di ruang mata. Kelahiran ramainya anak zina! Dan daripada sebilangan besar kelahiran tersebut, adalah dari rahim ibu yang bergelar Melayu-Islam.

Mungkin bagi sesetengah kita, isu anak luar nikah ini sudah dianggap lali. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, alah bisa tegal biasa. Dah tak pelik dah, normallah zaman sekarang! Adakah sebab sudah menjadi perkara biasa atau kerana iman kita sudah galir?

Namun bagi yang masih mampu berasa sensitif, isu ini menimbulkan cuak di hati. Apa tidaknya, apakah nasib kita agaknya? Dengan bermacam fenomena maksiat yang ada, kita sebenarnya mengundang bahaya yang sangat besar. Bahaya turunnya bala dari Allah SWT. Na’uzubillahiminzalik.

Isu anak luar nikah tak seharusnya kita pandang remeh. Jangan kita beranggapan, perkara ini tidak terjadi kepada kita. Hal orang lain, lantaklah. Masalah orang, tak payah kita campur!

Sedar atau tidak, anak-anak luar nikah ini sedang membesar dalam masyarakat. Dan merekalah juga nanti bakal menjadi menantu kita! Memanglah mereka tidak bersalah dan tidak seharusnya dipersalah akibat perbuatan maksiat ibu bapa mereka. Namun, tentu kita juga ingat pesan Nabi dalam mencari calon teman hidup. Keturunan juga menjadi faktor yang perlu diambil kira. Tidak ramai yang boleh berlapang dada andai diketahui calon itu lahir dari hubungan haram! Sudah begitu sifat manusia, walau jahat umpama makhluk bertanduk, namun untuk mencari teman hidup tetap mahukan yang umpama malaikat. Itu sunnatullah! Semua orang suka yang baik!.

Lalu apakah nasib anak-anak luar nikah ini? Dan apa nasib anak-anak kita kelak?

Sebenarnya kita semua ada peranan dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Sekurang-kurangnya, jagalah ahli keluarga kita daripada terjemurus ke lembah kehinaan. Lebih sedikit, jagalah juga jiran tetangga kita. Pemimpin wajib menjaga rakyatnya.

Ibarat manusia mencipta mesin, ada manualnya. Kalau rosak atau bermasalah, kita akan mencari manual untuk dirujuk. Begitu juga manusia. Allah ciptakan lengkap dengan manualnya. Andai ada masalah, kembalilah kepada manual yang Allah sudah sediakan. Kalau sudah manual tidak lagi mahu dijadikan panduan, apa lagi yang boleh membetulkan kesilapan yang terjadi? Kembalilah kepada ‘manual’ yang Allah telah berikan sejak dari awal. Ya, al-Quran, manual kita!

9 comments:

luahan said...

nnt kak sofi nak kongsi satu cerita utk dijadikan iktibar kita semua, ya, nik...ttg anak luar nikah inilah..

CIK NANA said...

Salam kenal..
Nice entry kak..
Memang betul. Kita kena kembali menunaikan tanggungjawab as a Muslim ngan betul.
Insya Allah leh hindarkan perkara ni dari berleluasa..

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Nik,

Nik..kalau anak luar nikah tapi beriman..tak pa lagi. Masalahnya generasi masa depan nanti, nak cari calon isteri/suami pun payah jugak, bila tengokkan perangai remaja yang bebas la ni...terfikir jugak berapa kerat kah yang masih 'suci' bila menginjak dewasa...Nau'zubillah...

p/s...ada lagi buku best yang boleh rekomen kak baca?

Suhana Shahril said...

Fenomena yg amat menakutkan. Itu yg hidup, yg terbuangnya, yg dah mati kesejukan/digigit semut dan segala bagai...itu mmg menyayat hati.Dah tiada iman dah ker manusia zaman ini?Agaknya ini petunjuk akhir zaman,tanda kiamat semakin hampir.Nau'zubillah...

aJa said...

Ada tips x nak didik anak perempuan supaya jaga pergaulan dengan kwn2 terutamanya lelaki...sebab anak yg sulong tu agak boyish la...risauuu....

n3 yg sgt menarik..sukeee

Anonymous said...

salam kak.. saya nak tanya.. jika kita kena ambil kira perihal keturunan ni, adakah dgn erti kata lain, kita kena tolak bakal menantu yg lahir dari hubungan yg haram? atas alasan kita nak jaga perihal 4 perkara yg disebutkan tu.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kak sofi.. ahlan wasahlan! boleh je

cik nana..salam kenal jgk! seharusnya begitu, tak boleh berlepas tangan.

kak packy, mmg sgt menakutkan.. lagi takut klu Allah turun bala. Nauzubillah.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Ana... mmglah tak berhati perut btol. Dosa zina satu hal, pastu membunuh lagi. Sbb tu lah Allah suruh jg nasab!

Aja..
Tips? Cuba rujuk tarbiyatul aulad. Tentang berpakaian seharusnya dari kecil anak2 perempuan sudah dilatih menutup aurat dan diajar batas pergaulan lelaki perempuan.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Anonymous..
Dalam hal ni (setelah dirujuk dengan pakar), keutamaan ttp diberikan kepada AGAMA. Kalau dia seorang yang BERTAQWA maka tidak seharusnya dia dihukum dengan kesalahan ibu bapanya.
Malah anak tak sah taraf ni kalau dia seorang yg bijak dan beragama dia layak menjadi pemimpin atau menjawat jawatan keagamaan. Mungkin boleh dirujuk kepada kisah Ziyad bin Abuh, di mana rasulullah s.a.w mengiktiraf beliau walaupun dia anak tak sah taraf.
Apapun berbalik semula kepada perkara pokok, sebab itulah Islam sangat menyuruh menjaga maslahat daruriyat yg antaranya ialah menjaga nasab. Sekali tercemar nasab maka sengkarut yang timbul menyebabkan banyak masalah, sehingga yang tak berdosa menjadi mangsa. wallhua'alam.