RSS

Monday, April 12, 2010

I'm 18 with 23 years experience....!!!


Alhamdulillah, 11 April muncul lagi. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udara milik-Nya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang sudi menghulurkan ucapan di Facebook.

Sebenarnya orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir ialah Kak Yati Berahim iaitu pada 1 April (dia tertinggal satu lagi nombor 1). Ingatkan sudah terkena April fool!. Diikuti oleh sahabat yang jauh di Sarawak, Liza Bujang. Kemudian, Lily Haslina dan Che Rose, Kak Haiza, Kak Zie Kiera, kak Ina Kl, antara yang terawal memberi ucapan, dua hari sebelum tarikh sebenar! Hmmm...in advance gitu!

Daripada ucapan-ucapan yang diterima, saya begitu tertarik hati dengan ucapan yang diberikan oleh kakak saya, kak Fakhiroh a.k.a kak Packy, “you are not 41 but 18 years old with 23 years of experience..”

Wah! Memang buat diri sentiasa rasa muda…

Kali ini, saya sekali lagi mendapat kejutan, daripada kakak kesayangan saya Cik Na. Datang ke rumah di petang Ahad, bersama sebiji kek! Pada Cik Na terima kasih atas kejutan yang manis (buat anak2 buah esp. Ipah, Che Yam, Nini dll…sowi, tayang gambar jelah ek hehehe)

Kepada yang sudi menyampaikan ucap selamat, doa saya semoga kalian juga sentiasa dalam rahmat Allah selalu hendak-Nya!

11 comments:

kakyong said...

yes... 18 y with 23 ys experience... ;)

idasm said...

takpe kak. umur hanya angka shj. apa salahnya diri berasa muda... ceria selalu, asalkan tak lupa diri kan kak.

ida selalu aje rasa muda kak.. hehe.. cepat sgt masa berlalu. tak sedar kan..

fisha said...

selamata ulangtahun kelahiran akak....
semoga dimurahkan rezeki & sentiasa berada dalam lindunganNya :)

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Nik...hehehe...setiasa rasa muda tapi tak lupa yang kita sebenarnya menuju senja...ok apa....

NIk Fauziah Nik Hussin said...

yong...
tulah buat diri terasa muda.

ida..
mmg perasan muda, tapi tulah sedar dah sakit urat sana sini hehehe

fisha...
terima kasih dik..moga fisha juga sentiasa dipelihara Allah selalu

kak packy..
janganlah senja.. kira asar boleh tak? hehehe..Allah mmg dah tua pun.. tambah2 bila tgk anak dah lebih tinggi daripada kita!

aJa said...

Salam kak nik sayang...

sowwwiiii lambat wish...

hepi besday...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

aja...
hehhee tq3

Marzalina said...

happy belated birthday kak nik!! hehe...lama tak online...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Intan..t.kasih!...

sofi said...

salam,
am i too late then?
maaf, nik. kak sofi x tau langsung.
ntah le...
apa-apapun, walau dah terlewat, hehe
terimalah ucapan salam dan selamat hari lahir.
smg bahagia selalu.

sofi.

Nik Fauziah said...

kak sofi...tq hehehe