RSS

Saturday, April 11, 2009

Terima kasih Semua...



Sempena birthday... ini dari kak mimie.. biar tak pernah bersua tetap mesra.

ps: terima kasih juga untuk ibujunes yang sudi menelefon dari Selatan mengucapkan selamat. Insya-Allah semoga kita bertemu di pesta buku nanti.

Dan kepada semua yang berYM dan menghantar sms.. bermula dengan Che Ani, Qema, Shikin di UMP, Ipah, Kak Na, Amirah Fauzi di UIA, B, Ria, Kakcik, Shelly dan semua yang lain
maaf klu tak masuk nama yer...terima kasih atas doa tulus ikhlas dari semua

Friday, April 10, 2009

AKU ADA KAMU

Dalam zaman yang serba maju dan terkenal dengan era IT ini, rupa-rupanya masih belum dapat membendung unsur-unsur mistik yang melingkari kehidupan masyarakat Melayu.

Persoalan saka dan kepercayaan kepada bomoh memang sinonim dengan masyarakat Melayu tradisional. Apatah lagi apabila perasaan dendam dan iri bermaharajalela di hati, maka apa yang dianggap tahyul serta syirik tidak diambil kira. Apa yang penting nafsu amarah perlu dipuaskan.

Inilah antara tema yang disentuh oleh Lily Haslina Nasir dalam novel terbarunya Aku Ada Kamu (AAK)

Sofi Aidura Eman, anak gadis yang masih menuntut di universiti memang terkenal dengan ‘kegedikan’ di kalangan teman serumah. Beliau yang menjadi kegilaan ramai lelaki sehingga menyebabkan ibu dan ayah pening kepala. Apatah lagi langkahnya sering diintip oleh kumpulan Pak Haji di sekitar apartmentnya.

Ternyata hatinya berjaya dicuri oleh Hisham, bekas senior dan rakan karib buah hatinya. Namun tidak semudah itu untuk melayari keindahan cinta bersama Hisham, lantaran ada hati yang tidak senang dengan kebahagiaan yang mereka kecapi.

Siapakah Nyai Menur dan berjayakah rancangan Sheila? Benarkah semua berlaku ada kaitan dengan saka Daeng Safar?

Novel yang menyelitkan unsur mistik, lucu dan romantis ini, pasti akan membuai perasaan pembaca dengan jalinan cerita yang disusun kemas berserta gaya bahasa yang bersahaja.

Pengulas beri LIMA bintang.

psttt! tak rugi kalau nak beli dan baca buku nih…!

Thursday, April 9, 2009

Berhati-hati panahan makhluk bertanduk…

Khamis minggu lepas, saya telah pun menyiapkan tugasan untuk mencari penghias kulit Muslimah. Sebagaimana yang dijanjikan, saya telah ke TV9 untuk bertemu Syarifah Nur, pengacara rancangan Busana.

Sebelum ini saya pernah menghubungi beliau, namun agak tidak kena masa. Saya lapang dia sibuk, dia lapang saya pula sebaliknya. Namun, alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya melaksanakan misi saya. (Sebenarnya kami telah bertemu sewaktu saya mengadakan temubual dengan Farrah Adeeba).

Banyak juga yang sempat kami bualkan sewaktu sesi interview berlangsung. Ternyata anak kelahiran Batu Pahat ini mudah mesra orangnya.

Sewaktu menantikan Nur menukar pakaian, sempat juga kami berbual-bual (Nur dalam changing room, saya di luarlar heheh). Tanya Nur, tak peningkah saya setiap bulan mencari cover girl. Hahaha.. soalan maut tuh! Memang pening, apa tak peningnya! Mencari satu hal, nak memuaskan hati pembaca satu hal lagi! Saya rasa semua editor pun menghadapi masalah yang sama. Apatah lagi kami majalah Islam. Skopnya lebih terhad berbanding majalah wanita lain. Silap pilih, berasap telinga kami kena hentam. Tapi sudah tugas apa nak dikata, kan..?

Nur sudah bersuami walaupun usianya baru menjangkau 24 tahun. Baru lima bulan bergelar isteri. Alhamdulillah. Sambil bersembang, sempat Nur memberitahu, adakalanya malu juga kalau keluar makan dengan suami. Apa tidaknya, ada makcik-makcik yang memandang serong melihat dirinya dan suami. Pastinya mereka menyangka dia bersama boyfriend!

“Takkanlah Nur nak bagitahu pada setiap orang kalau berada di dalam situasi begitu, ini suami Nur.”

Memang susah apabila berada dalam dunia lime light. Setiap perlakuan menjadi perhatian orang. Sebab itu jika tidak bersungguh menjaga diri, akan menjadi buah mulut orang. Apatah lagi budaya belangkas (couple) memang sangat sinonim dengan anak muda. Fenomena biasa kalau melihat pasangan muda-mudi, tak kira di bangku sekolah, di universiti atau yang sudah berkerjaya berkepit memadu kasih, keluar berpeleseran dan sebagainya. Secara tidak langsung, pasangan muda yang berkahwin awal juga terkena tempias pandangan serong.

Apa nak buat, memang itulah hakikatnya. Lebih mengusutkan keadaan, ada ibu bapa yang merelakan perbuatan anak. Apatah lagi kalau sudah bertunang. Bertunang umpama dapat lesen besar (macam dah kawin).

Perkara ini bukanlah sesuatu yang menghairankan. Bahkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela - selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

Hadis di atas bukanlah bertujuan menghina wanita, tetapi sebagai peringatan kepada kaum wanita dan lelaki agar berhati-hati supaya tidak terjerumus. Wanita dijadikan dengan seribu keindahan, maka setiap yang indah itu sudah pasti akan menarik mata-mata untuk memandang. Justeru, sudah sewajibnya wanita harus berwaspada demi untuk menjaga keselamatan dirinya. Andai kehidupan dilandaskan dengan ajaran Islam maka insya-Allah segala perkara buruk akan dapat dihindari.

Sebagaimana wanita itu panah bagi syaitan, wanita solehah itu adalah sebaik-baik perhiasan dunia.

Semoga Nur sentiasa di bawah lindungan Allah selalu hendaknya!

Wednesday, April 8, 2009

Surprise! Surprise!

Teringatkan semalam, hari ini senyum saya masih lagi melebar (betol lar Milah... nasib baik tidur tak senyum hahah).

Biarpun entry yang hampir sama ada di blog Kak Yati dan Che Rose, tapi ini daripada versi saya pula.. hehe!

Sebenarnya saya tidak menyangka apabila saya berchatting dan menyuarakan hasrat untuk menemubualnya, Kak Yati menyambut baik cadangan saya itu (sebelum ini beliau agak keberatan kerana katanya silap-silap nanti saya yang diinterviewnya). Lalu saya mencadangkan pertemuan dibuat pada hari Isnin. Tapi Kak Yati lebih selesa jika dibuat pada hari Selasa...(elak Monday mood dan kepenatan hujung minggu lar tuh.)

Temujanji dibuat pada pukul 11 pagi. Kami tiba 10 minit lebih awal. Bukan apa, kami bertolak tepat jam 10 pagi kerana bimbang kesesakan jalan raya dan memberi sedikit masa untuk mencari lokasi serta bajet masa kalau sesat!

Alhamdulillah, tidaklah sukar mencari pejabat Kak Yati...mungkin sebab sudah pernah sesat sekali dulu waktu ingin ke Saujana Gemilang, jadi kali ini sudah agak faham kawasan tersebut (walaupun bukan saya yang driving hehehe).


Ketibaan kami disambut oleh pintu pejabat yang tertutup... hahaha! Sebenarnya Suraya turun ke bawah kerana ada urusan. Tak sampai lima minit, Suraya tiba membukakan pintu. Lebih kurang sepuluh minit muncul pula si Lily dan Che Rose... dan tak sampai lima minit jeng3... muncul Kak Yati. Apa lagi, gamatlah suasana.

Sebelum dijamu makan, seperti biasa sesi bergambar dan sedikit temubual dibuat.. (memang sangat sedikit sebab Kak Yati suruh email soalan.. dia akan jawab dengan jaminan TIADA BAYARAN DIKENAKAN wakaka!!!)

Serius je Kak Yati menjawab soalan heheh!

Lepas itu apa lagi... makan time lar..! Bihun, satay, nasi impit dan buah-buahan...Kesian Su dua kali kena bancuh air oren sebab ada naga-naga yang kuat minum heheh... (kami lah tuh)


khusyuknya!!!

Tak sangka saya, rupanya Kak Yati dan Su ada surprise untuk saya, jeng3... blueberry cheese cake! Sebenarnya saya tak biasa sambut hari lahir. Paling tidak pun cuma kawan-kawan dan suami (tupun saya yang ingatkan dia huh!) yang ucapkan. Kata Kak Yati, dia dan kakak-kakaknya pun tak sambut tapi kalau masuk 40 mesti sambut heheh! Life begins at 40 la katakan! Patutlah... pagi-pagi morning hari Isnin Kak Yati tanya birthday yang ke berapa! (kata Milah, awat besar sangat nombor 40 tuh? heheh... ingatan supaya tak lupa... akak dah tua!)

blueberry cheese cake...yummy!

Saya sangat terharu, gembira dan malu pun ada...heheh! Gembira sebab dapat bertemu mata dengan 3 novelis yang saya suka. Masih teringat buku pertama Kak Yati yang saya baca..Hati Seorang Wanita. Begitu juga novel pertama Lily yang saya baca - Moga Engkau Mengerti dan novel Che Rose - Cinta Mekar di Hati. Siapa sangka akhirnya saya diizinkan oleh-Nya bersua dengan mereka bertiga (walaupun saya pernah jumpa Lily sebelum ini tapi tak berkesempatan bersapa dan Che Rose pula semalam malu-malu kucing..tapi dia janji lepas ni kasi pecahhhh!!! hahaha). Sayang tak dapat jumpa Qaisara. Tapi kata Kak Yati kalau ada Qaisara, nanti tak boleh nak buat apa!

Sewaktu hampir pulang, saya dihulurkan lagi sebuah beg kertas oleh Kak Yati...tak cukup dengan makan-makan, kek dan novel SJ dan AAK, Kak Yati menghadiahkan saya sebuah hand bag yang cantik!!! Adusss! Tak terkata saya! Rasanya inilah birthday saya yang paling bermakna - dapat kek, ada orang buat jamuan, dapat hadiah dan yang paling bermakna saya dapat jumpa penulis-penulis novel kesayangan saya (biarpun tarikh lahir saya sebenarnya 11 APRIL).


Inilah buah tangan untuk saya... terharunya!!!

Saya sungguh bersyukur kerana di pertemuan semalam juga, saya ditiupkan semangat oleh ketiga-tiga mereka untuk menghasilkan novel saya sendiri. Hmm... rasanya semangat tu dah ada, tapi bila akan berhasil...macam tajuk novel Che Rose TLT, Tuhan Lebih Tahu.

Che Rose - serius kemain!

Doa saya semoga Kak Yati, Lily, Che Rose dan Su sentiasa dirahmati Allah. Terima kasih atas layanan mesra dan surprise untuk saya. Semoga kita dapat berjumpa lagi!

Lily dengan AAK