RSS

Friday, January 18, 2013

Apa mahumu?

Manusia ini seleranya besar, mahunya banyak. Nafsunya berganda saiznya daripada jasadnya. Tapi Allah itu Maha Pemurah, Maha Pemberi. Malah manusia disuruh supaya meminta.

"Serulah (mintalah) Aku, nescaya Aku akan menyahut seruanmu (perkenankan)."

Pernahkah terfikir, apakah sebenarnya kemahuan kita? Kadang kala kita merintih memohon agar Allah mengurniakan apa yang kita hajati. Berdoa tanpa jemu dan menagih belas ihsan dari Allah. Malah ada ketika umpama mendesak agar diberikan apa yang kita hajati.

Namun..tanpa kita sedar kemahuan dan keperluan adalah dua perkara yang berbeza. Kadang kala kemahuan kita Allah tidak beri. Meskipun kita sangat-sangat menginginkannya. Kenapa? Sebab Dia yang menjadikan kita. Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Belum tentu apa yang kita mahu kalau Dia memberinya kita mampu mengendalikannya.  Tapi Dia berikan apa yang kita perlukan. Dia tahu apa keperluan kita, bukannya kemahuan kita.

"..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" ~ al-Baqarah.




2 comments:

Dinas Aldi said...

Ya, saya pun kekadang ada jugak mahukan sesuatu, tapi tak sedaq yg saya tak memerlukannya. Ada jugak benda yg saya perlukan & sangat baik untuk saya tapi saya tak suka & menci sesangat. Susah jugak macam ni..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

selalu kita merasakan apa yg kita mahu itu lah terbaik..hingga tak perasan apa keperluan sebenar kita.