Pusara ayah, mak dan Abg Man |
Alhamdulillah..setelah sekian lama, akhirnya Allah izinkan juga saya menjejakkan kaki ke Tanah Perkuburan Islam Kuala Kerdau. Tempat bersemadinya jasad arwah mak, ayah dan abang ipar, Abg Man.
Telah 14 tahun arwah mak meninggalkan kami kerana menghidap penyakit barah pankreas. Memang pemergian mak mengejutkan. Kesihatan mak terganggu pada bulan Jun 1998 dan bermula dari situ mak menjalani pelbagai ujian dan pada penghujung Ogos, arwah mak menjalani pembedahan. Setelah dua minggu, kesihatan mak semakin merosot dan mak kembali menghadap Ilahi pada 15 September 1998.
Empat bulan kemudian arwah abang Man menyusul akibat kemalangan jalan raya, pada hari raya ketiga. Motor yang dinaiki arwah berlanggar dengan kereta dan arwah meninggal di tempat kejadian.
Setelah 13 tahun pemergian mak, ayah yang setia bersendirian kembali menghadap Ilahi pada bulan Disember 2011 kerana apendiks pecah dan penyakit jantung yang dihidapinya.
Alhamdulillah, Allah telah meminjamkan untuk saya mak dan ayah sehingga saya telah berkeluarga dan mempunyai anak sendiri. Namun walau setua mana pun kita, kita tetap mendambakan kasih sayang daripada insan yang bergelar ibu dan ayah.
Buat mereka yang telah mendahului kita, sekalung doa dan al-Fatihah yang mampu dihulurkan. Sesungguhnya kalian telah mendahului kami dan yang pasti kami akan menyusul jejak kalian.
Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fu'anhum.
3 comments:
Al-Fatihah buat yang telah pergi. Tak kira berapa usia kita, kita tetap memerlukan ibu dan ayah namun Dia lebih menyayangi mereka.
assalamualaikum kak nik..
apa khbar lama tak dengar berita...semuga sentiasa di berkati Allah hendaknya..
Al-fatihah semuga aruah di tempatkan bersama oara solihin..
Caesars Entertainment Announces New Multi-Year Partnership
Caesars 광주 출장안마 Entertainment announced 포천 출장샵 today the launch of its new 의왕 출장마사지 online 창원 출장샵 sportsbook and 청주 출장마사지 casino product, Caesars Rewards. The
Post a Comment