RSS

Sunday, January 23, 2011

Bila hidayah mengetuk hati..


Sebenarnya kali ini saya ingin berkongsi cerita sewaktu mengadakan temubual dengan Catriona Ross. Bagi yang telah membaca majalah Muslimah bil 227, anda dapat mengikuti hasil temubual tersebut yang telah saya paparkan dalam ruangan Citra Wajah.

Bagaimanapun saya ingin berkongsi cerita sampingan ataupun peristiwa di belakang tabir sewaktu menemubual Cat. Sebenarnya saya terbaca kisah penggambaran beliau dalam drama terbitan Sheila Rusly di sebuah akhbar. Barulah saya tahu rupa-rupanya Cat telahpun bertudung.

Kebetulan untuk bulan tersebut, kami agak kelam kabut sedikit kerana ketiadaan personaliti untuk dijadikan cover majalah. Lalu apabila membaca berita tersebut, terlintas ingin mencuba mendapatkan beliau untuk mengisi ruang tersebut. Memang tindakan yang berisiko, kerana sudahlah tarikh deadline sudah sangat hampir, saya memang tiada contact number Cat. Justeru, saya hanya mampu bertawakal dan memohon dipermudahkan kerja saya.

Alhamdulillah dengan bantuan kak Zue, penulis sambilan Muslimah yang bekerja Utusan Media, akhirnya contact number Cat saya perolehi. Saya cuba mendail nombor tersebut tetapi masuk ke peti suara. Dua tiga kali mencuba masih juga sama keadaannya. Lalu saya pun nekad menghantar mesej kepada Cat menyatakan hajat dan meminta dia menelefon kembali. Selepas itu saya hanya berdoa agar dipermudahkan kerja saya.

Memang tidak disangka selepas solat Maghrib hari yang sama, saya menerima panggilan. Terkejut melihat di skrin telefon bimbit saya tertera nama Catriona Ross. Alhamdulillah mesej saya disambut baik oleh Cat dan beliau bersedia untuk ditemubual. Betapa leganya perasaan saya yang ketika itu sudah buntu mencari Cover Girl.

Sebagaimana yang dijanjikan, sesi temubual tersebut berlangsung di kediaman Kak Zaiton Alias, tauke butik Zaiton Alias Collections (ID Perempuan). Rumah Kak Ton yang sememangnya sering menjadi studio bagi banyak penerbitan, sekali lagi menjadi tempat shooting kami.

Alhamdulillah, temubual berjalan dengan lancar. Agak lucu juga kerana sepanjang sesi temubual itu Cat banyak bercakap loghat Kelantan – biasalah bak kat orang Kelantan kalau sudah bertemu ‘gu’ pasti bahasa ibunda menjadi pilihan. Terbayang watak lakonan Cat dalam drama Mek Salmah dari Scotland. Tambahan Kak Ton memang anak jati Kelantan yang pasti akan bercakap dialek tersebut kalau diketahui ada yang berasal dari sana. Saya yang separuh Kelantan ini pun sudah seperti ‘Siam bercakap Melayu’ dibuatnya..ngeee!

Dan seperkara yang tidak pernah menjadi ‘kejemuan’ saya ialah berkongsi kisah bagaimana terbukanya hati untuk melaksanakan suruhan bertudung.

Cat juga punya cerita yang menarik. Bukan peristiwa kemalangan lebih dua tahun lalu yang membuatkan beliau bertudung tetapi kerana bosan menunggu kawan dan ingin mencuba-cuba tudung akhirnya beliau nekad mengambil keputusan untuk bertudung.

“Cat menunggu kawan membeli tudung dan sudah lebih dua jam menunggu dia hingga Cat berasa bosan. Entah macam mana mata terpandang pada sehelai tudung yang dipakaikan pada mannequin, lalu Cat minta pembantu kedai itu ambil untuk dicuba. Sebaik menyarungkan tudung ke kepala, belum sempatpun Cat melihat cermin, tiba-tiba terasa umpama ada satu tiupan yang menusuk ke hati membuatkan bulu roma meremang. Cat terus menanggalkan tudung tersebut.”

Dan sekembalinya ke rumah bermulalah episode dirinya diselubungi perasaan sayu yang sukar digambarkan lalu di hati terselit yang dirinya ingin bertudung. Malah keesokan harinya beliau tidak terlangkah keluar rumah kerana tiada tudung yang boleh dipakai.

Segera dia menghubungi sahabat baiknya mengadu yang dia ingin keluar rumah tapi tak boleh berbuat demikian kerana tiada tudung. Apalagi, terkejut sahabat baiknya itu lalu dia disuruh bersiap kerana sahabatnya itu akan membawa dia ke butik yang dijengahnya semalam untuk membelikannya tudung.’

Begitulah, apabila hidayah mengetuk hati siapakah yang boleh berkata TIDAK?

6 comments:

idasm said...

Salam kak nik. Lamanya ida x singgah dunia blog. Hehe. Citer akak ni best. Mmg betul bila allah nk bg hidayah sekelip mata blh berlaku...

kak nik said...

salam ida..
miss ida, lama tak dengar citer.. hmm mmg bto ida.. kun - fayakun!

Juliaesqa said...

Salam,

Jue ada tengok sesi bual bicara Kat di tv 9, tak silap rancangan semanis kurma kot. Bila dgr dia cerita dengan saya2 naik sebak.

kaknik said...

a'ah jue ada di semanis kurma.. masa dia citer ngn kami pn dia sebak..akakpun sebak..

Unknown said...

owh ini kesah nya ya.. memang nampak manis Cat bertudung.. semoga istiqamah...

Cat ni kacukan kelantan ke kak?

kaknik said...

yong.
mak dia org kelantan..