RSS

Wednesday, October 6, 2010

Bukan tolak rezeki!

Kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Begitulah lazimnya dalam budaya kita. Ada orang cukup murah rezekinya, ada sahaja pemberian yang diterima. Syukurlah kiranya kita tergolong dalam kategori tersebut. Dan sekiranya menerima pemberian, kita digalakkan melafazkan kesyukuran. Ada benarnya sebagaimana firman Allah, “barang siapa yang bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku, dan barang siapa yang kufur sesungguhnya azab-Ku amat pedih”.

Namun bagaimana agaknya jika pemberian tersebut bukan sesuatu yang kita gunakan atau perlukan? Adakah pemberian tersebut perlu kita terima demi menjaga hati orang yang memberi? Tidakkah ia menjadi satu pembaziran? Bukankah lebih baik jika ia diberikan kepada yang lebih berhak menerimanya? Dan sekiranya kita mengambil sikap menolak, adakah kita dianggap tidak bersyukur atau menolak rezeki?

Memang dalam budaya masyarakat Melayu khasnya, sukar untuk berterus-terang atau menyatakan ‘tidak’. Contoh mudah, kalau tuan rumah bertanya nak minum air apa, biasanya kita teragak-agak untuk memberitahu. Bimbang dikatakan ‘demand’ atau dirasakan kurang sopan ataupun bimbang kita akan menyusahkan tuan rumah.

Begitu juga dalam hal menerima pemberian orang. Kita kadang kala tidak sampai hati untuk menolak kerana bimbang mengecilkan hati orang yang memberi, sedangkan pemberian tersebut tidak kita perlukan atas sebab kita tidak menggunakannya. Bimbang dikatakan menyombong atau menolak rezeki. Tapi wajarkah kalau kita menerima kemudian memberinya kepada orang lain pula? Tentunya kalau terlihat dek orang yang memberi, terasa hati jugak dia sudahnya. Mungkin juga wajar sebab secara tidak langsung kita memanjangkan sedekah?

Kadang kala saya pun terasa serba salah juga menerima apa yang saya tidak gunakan. Saya seorang yang sangat sempoi (pinjam bahasa yang anak saya gunakan) dan bukan jenis melawa. Apabila ada yang memberi jubah atau tudung yang fancy, serba salah saya dibuatnya. Jubah yang saya pakai sangat simple dan warnanya tidak terlalu terang (Kak NB selalu tegur..ko ni nik asyik hitam je hahaha! Oppsss..uniform tu kak!). Tudung pula, kalau yang fancy dan singkat (tudung saya dari jenis kain kasebo yang tak mahal dan dibuat sendiri ..hehehe… dengan labuhnya mengikut cita rasa sendiri…), memang tak tergamak saya memakainya. Maka salahkah kalau saya terpaksa menolak pemberian tersebut?

Saya rasa daripada saya tidak memakainya atau terpaksa memberinya kepada orang lain, lebih baik saya menolaknya awal-awal. Bukan menolak rezeki tetapi menjaga agar tidak berlaku pembaziran. Sebab saya rasa tidak tergamak untuk melanggar cara berpakaian yang sejak dahulu saya amalkan.

Mungkin dalam hal ini, orang yang memberi perlu peka dengan selera orang yang menerima. Bukannya si penerima tidak bersyukur atau demanding, tetapi bimbang menjadi pembaziran atau apa yang diberi itu menjadi hiasan almari sahaja. Terasa rugi pula kalau itu yang terjadi!

(ps: kak yatie..kain pasang yang akak hadiahkan tu tak sempat nak buat baju raya.…semua tukang jahit dah tak nak terima sebab dah nak raya. Baru duk terkial2 cari tailor hahaha…)

7 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nik baju raya yang akak tempah baru dapat dari tailor ada beberapa helai tidak dipakai lagi dan kebanyakkan hadiah daripada orang..he he he

Mama Nazhan said...

sakam kak nik...
selalu mcm tu la kite kan? kononnya sentiasa menjaga hati org lain... tapi tang lain plak yang terkesan...hehehe...
salah satu cara atasi memang kena peka dengan hadiah apa yang kita nak kasi kat orang lain...sesuai atau tak...jgn hantam saja... hehe

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kak Ti.. takpe tu petanda murah rezeki..

Bai..
tu lah.. kena peka lah.. bukan apa bimbang jadi pembaziran.

idasm said...

kena peka dan kena pandai berbahasa bila nak menolak.. hehe...

kaknik said...

ida btol sgt tu.. biasanya akak gunakan alasan bukan tak sudi tapi takut membazir, dah terima kasih atas ingatan dan hajat nak memberi..hehe

Anonymous said...

Salam,

Yup2..this is the culture of Msian...takut nk bersore..
It is truth.. Jgn menerima kiranya xguna..at least tiada pembaziran.
Kita harus ambil kira sikap berani..kecuali cara penyampaian agar si pemberi tidak terasa ngan cara kita menolak...pemberiannya..tp si pemberi plak jgn le terlalu sensitippp... pendek kata...hmmm declined in a diplomatic manner..cari ayat yg sesuai.. supaya pemberi tidak terasa dan utaraknlah reason nya nape xdpt terima...then bagi cadangannya..nescaya pemberi itu dpt menerima dan memahami... Secara tidak langsung..dpt megeratkan lagi silaturrahim antara berdua for the understanding..
and for sure.....both party proud of each other soon and become closer day by day!!..

Unknown said...

tersenyum baca tulisan kak ni..
tp saya ni pantang org menghulur, jarang menolak.. cuma kdg2 terasa malu/segan bila pemberian tu melimpah ruah.. spt hadiah kain baju utk anak2 yg saya terima dari kak NB tahun lepas...

tp kalo brg tu saya tak perlu @ tak reti guna, memang akan beri@offer pada adik-beradik...