RSS

Friday, March 12, 2010

Imiginasi kanak-kanak

Anak-anak sedang membesar, kadang kala tak terduga kita dengan pemikiran mereka. Ada kala kita boleh menjawab pertanyaannya. Ada kala kita terpaksa buat bodoh! Adakala kita boleh jadi bengang juga untuk memikirkan jawapan sesuai seusia mereka.

Sebagai contoh, kalau dia bertanya, Umi kenapa dalam gambar ni adik takde? Kita jawab, adik belum ada lagi waktu tu..Dia mula bising. Adik dah adalah! Iyelah. Tapi kat mana? Dalam perut umi ye…Oo.. adik masa tu tengah main-main dengan Allah ye? Kat syurga? Aduh..memang tepuk kepala dibuatnya! Itu belum masuk bab macam mana ada baby dan baby lahir..

Pernah juga apabila isu rogol kanak-kanak sedang hangat ditayangkan di tv dulu, anak yang kedua bertanya, apa dia rogol itu. Mujurlah saya teringat kawan saya pernah bercerita perkara yang sama. Anak saudaranya bertanya kepada abangnya makna rogol.

Maka jawapan tersebut saya ulang pada anak.. “Rogol tu perbuatan orang jahat dik…menyiksa kanak-kanak..bla.bla.bla..”

Memang jadi ibu kena sentiasa bersedia dengan jawapan yang kita tak tau bentuk soalan ‘cepumas’ yang akan naik!!

Teringat dalam minggu ni, seekor katak masuk dalam rumah. Kebetulan pintu dapur terbuka. Saya memang cukup pantang dengan katak. Geliiii sangat! Lalu saya suruh along tolong kuis keluar.

Kata along, bukan katak biasa umi, katak pisang. Adus lagi lah buat saya kecut, dengan katak yang boleh ‘terbang’ nih…Saya suruh juga along tolong buangkan. Akhirnya kata along, katak tu menyorok belakang kabinet dapur. Sabar jelah..!

Efa seperti biasa, kalutlah. Apatah lagi terjumpa ‘benda’ baru. Setelah keadaan reda, saya kembali menghadap komputer. Si Efa duduk di belakang saya, mewarna. Tiba-tiba saya terdengar dia bercakap seorang diri. “Kenapa orang panggil katak pisang? O, sebab dia bawak pisang sebab tu orang panggil katak pisang”.

Saya yang sedang menaip, tergelak seorang mendengar ocehan si Efa. Kebetulan si Iman yang mendengarnya menyampuk.. “dik, kenapa katak hon (katak yang bunyinya kuat waktu hujan)”. Jawap si adik penuh yakin.. “O, sebab dia tekan hon tu!”. Aduh, lagi lah tergelak besar saya mendengar jawapan yang penuh tulus itu!

Agaknya bagaimanalah otak mereka berfungsi di peringkat usia sebegitu? Belum masuk peringkat usia sekolah rendah. Kalau yang bersekolah rendah pula, soalannya mesti bermula dengan KENAPA?

Tambahan dengan si Iman. “Umi kenapa kena solat, umi kenapa Allah buat kita ada kuku, Umi, kalau tak sembahyang tak boleh ke? Umi, tak boleh ke kalau… Umi macam mana kalau..?” Bagaimana nak menjawabnya?

Selalu juga saya ‘kenakan’ semula. Jangan jadi macam kaum Bani Israel dengan Nabi mereka. Benda yang senang, kalau banyak sangat tanya sampai jadi susah. Macam kisah sapi betina tu. Daripada senang, disebabkan banyak sangat bertanya, mintak details, akhirnya jadi susah! Hmm..politiklah kan???

6 comments:

iman said...

comellah kak nik... happy je... budak2 ni naif... seronok kalau melayan mereka bercakap... adakala fikiran mereka melangkaui akal kita ni sebab mereka berfikir secara mudah...

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Den dah 4 org melalui frasa camtu...adus.....latest, masa family day, time amik hadiah Afwan tanya (sbb sambil main, dia tangkap kata2 si pengerusi majlis).."Umi, kenapa org jatuh dpt hadiah?"..kah3x...mula x faham, baru perasan....mc tu ckp..."Hadiah pertama jatuh kepada...." (kena tukar la penggunaan ayat 'jatuh' tu ek..dah tradisi digunakan..!)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Iman,
tulah.. dorang fikir mudah saja kan? tp seronok jadi budak kan?

Milah..
haha..wah pakar bahasa kena fikirkan tu hahaha

ain said...

betullah kak nik...bukan senang nak jawan soalan bdk2 ni, jwpan ayat yg nak kuar tu mesti terang, nyata dan sedap aje bunyinya. Wani pernah gak tanya ngan saya apa itu rogol, pause saya sekejap nak menjawab!!!

NIk Fauziah Nik Hussin said...

hehe..
ain..mmglar, bila selalu dorang dengar mmg dorang nak tahukan?
so kena lah pandai2 jawab heheh

MyHasla said...

kak nik... kids are full of curiosity. sentiasa nak tahu itu ini.... sometime tak terlarat nak menjawap segala persoalan depa!