RSS

Monday, November 23, 2009

Aku Skandal…

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa kes saya guna tajuk lagu untuk entry saya kali ini. Sebenarnya saya pun tidak tahu siapa penyanyi lagu ini, tapi kata anak-anak kumpulan Hujan. Tak kisahlah!

Apabila disebut perkataan skandal, sudah pasti ia memberikan konotasi yang negatif. Skandal seks, skandal antara suami/isteri orang, skandal yang melibatkan penyelewengan wang atau kuasa dan macam-macam lagi.

Skandal atau kecurangan dalam rumah tangga bukan perkara baru yang kita dengar. Isu suami curang atau ada orang ketiga, lagilah perkara yang lumrah. Malah apabila memperkatakan isu curang, maka sering dikaitkan dengan lelaki khasnya lelaki yang berpoligami.

Namun sejak akhir-akhir ini, semakin banyak pula kisah yang kita dengar melibatkan kecurangan wanita yang bergelar isteri. Isteri yang keluar bekerja dengan niat mulanya membantu ekonomi rumah tangga akhirnya terjebak dengan skandal sehingga roboh institusi rumah tangga!

Memang sukar untuk menebak mengapa isu ini terjadi. Namun antara perkara yang sering dikatakan menjadi punca ialah masalah ekonomi, kurang pengamalan Islam dalam institusi rumah tangga dan faktor-faktor kegagalan kepimpinan dalam rumah tangga (penderaan dan sebagainya).

Kalau terjadi pada orang yang tidak kita kenali, ia mungkin sekadar satu cerita di angin lalu. Tapi apabila terjadi di kalangan orang yang kita kenal, ia membuatkan kita terfikir dan terus berfikir.

Saya mengenali individu yang bernama N ini melalui kakak iparnya. Orangnya ramah dan rajin membuat kerja sampingan. Orangnya bolehlah dikatakan ambitious, ingin memiliki segala kemewahan demi keselesaan hidup. Tak salah jika bermotivasi sedemikian, cuma yang menjadi masalah apabila sehingga memaksa diri kerana apa yang dikehendaki tidak sepadan dengan kemampuan diri. Ibarat kata pepatah, kalau gajah berak besar, kancil pun nak berak besar. Tentulah mati beragan dibuatnya. Dari kisah yang saya dengar banyaklah masalah yang timbul disebabkan sifat tersebut.

Namun baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita bahawa N telah bercerai dengan suaminya dan sebaik habis eddah dia telah berkahwin dengan bekas kekasih lama (pertemuan semula ibarat cerita Hindustan) dan menjadi isteri kedua!

Saya sungguh terkedu mendengar berita tersebut. Pelik pula rasanya melarikan diri dari perkahwinan monogami masuk ke perkahwinan poligami. Biasanya orang bercerai kerana tidak mahu dimadukan!

Baru-baru ini saya sempat bertemu dengan bekas kakak ipar N. Lalu, terbukalah cerita. Katanya, N menuntut cerai atas alasan suaminya ‘bersandar’ ekonomi dengan dirinya. 16 tahun berkahwin dia tidak pernah merasa kemewahan atau dibelikan pakaian oleh suaminya.

Atas faktor itu dia meminta cerai kerana dirinya sudah tawar hati dengan suami. Tapi yang menyedihkan dia meninggalkan segala beban hutang piutang kepada suami sedangkan beban hutang itu dibuat bersama.

Dan membuatkan saya lebih-lebih terkedu ialah sebagai ibu, N tidak mahu memelihara ketiga-tiga orang anaknya. Hak penjagaan dilepaskan sepenuhnya kepada suami. Dia hanya akan mengambil ketika cuti sekolah. Tapi pernah juga si anak yang belajar di asrama terpaksa menelefon ibu saudaranya kerana si ibu tergamak tidak datang mengambilnya dari sekolah (sewaktu cuti sekolah bermula) walaupun puas si anak menelefon. Sedangkan ketika itu ayahnya bertugas di Negeri Di Bawah Bayu.

Tapi apabila dia melahirkan anak hasil perkahwinan barunya, pandai pula meminta agar anak perempuan dari perkahwinan pertama yang sudah boleh diharap datang menolongnya. Aduh! Ibu jenis apakah ini?

Meletakkan diri saya sebagai seorang anak, rasanya sungguh jauh hati jika begitu layanan seorang ibu. Justeru tidak hairanlah jika anak keduanya, sudah pandai mempertikaikan ibu minta cerai dari ayah kerana ada lelaki lain atau mudahnya, ibu curang!

Sememangnya perkahwinan itu merupakan perkongsian. Seharusnya segala susah dan senang dikongsi bersama. Kecil besar pendapatan, kita sendiri yang perlu bijak merancang. Harus ada sifat qanaah/cukup dengan apa yang ada. Dunia yang kita kejar ini sementara sahaja. Makin dikejar semakin lelah kerana ia akan semakin menjauhi kita. Ingatlah pesan Saidina Ali, letakkan dunia di bawah dagumu dan akhirat di hadapanmu. Apabila akhirat yang kita kejarkan, dunia akan datang melutut di hadapan kita..
Wallahu a’lam

15 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kisah masyarakat yang takut nuar dgr...doa benda2 macam ni tak ada lh berlaku pd diri nuar dan org2 sekeliling...

mujahidah said...

Sebagai seorang isteri dan anak, shams speechless kak..sham yakin macam mana cinta dan sayangnya kepada pasangan kita, ianya tidak akan bererti dan teguh disapa badaia andai pasaknya bukan mardhatillah yg kt damba..Wallahua'alam..

Mama Nazhan said...

SALAM KAK NIK... dah lama tak tinggal komen kat sini ...hehe..
Saya takut baca kisah mcm ni... dah byk kisah2 mcm ni terjadi di sekeliling kita, tp masih ramai yg terus terusan terjebak...
Semoga kita dan keluarga kita dijauhi dr semua ini...

NORHAYATI BERAHIM said...

nik ingat tajuk novel kau nik..ha.ha

Nik Fauziah Nik Hussin said...

nuar,
inilah realiti msykt kita hari ni mmg menakutkan.. semoga kita terlindung daripada bencana sebegini.

sham..
btol apa yang sham kata tu..sbb tu perkahwinan mesti dibina atas dasar agama dan pengisian jgk berlandaskan agama. Keluarga muslim, dari segi nama, amalan dan penghayatan.

Bai,
iye bai..doa kita semoga rumah tangga kita tahan diuji badai dan sentiasa dlm perlindungan Allah selalu.

kak yatie..
hamboi... hahaha!

hans said...

manusia skrg macam2 perangai
susah nak menilai

shaniza said...

Salam..
Kasih sayang yg tidak ikhlas kerana Allah akan menyebabkan orang mudah lupa erti keberkatan hidup disisi Allah.
Majoriti anak2 bermasalah di sekolah adalah kerana perceraian ibubapa... sebelum anak2 menderhaka kpd ibubapa, sebenarnya ibubapa itu sendiri telah terlebih dahulu menderhakai hak anak itu sendiri...

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Hans
Mmg mcm2 sampai ada yang tak masuk akal

Shaniza.
btol yang adik kata...tp org tua-tua kata buat atas buat! Masa tu akan smpai jgk.

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Kak..
Mintalah dijauhkan..
Macam2 dah karenah manusia sekarang ni.
Kesian anak2 yang menjadi mangsa.

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Nik...
Sebab tu ler..akak dok sorang2 hehehe...alasan larr tu..kik..kik..kik.

sya said...

ini kali kedua saya membaca entry ini sebelum memberi komen..
kali pertama, tak dapat nak komen, sebab rasa emo baca...

inilah dinamakan 'cinta gila'. entah apalah yang hendak dikejar lagi. mungkin, ada yang rasa, dunia ini adalah segala2nya... sehingga sanggup mengenepikan apa yang sepatutnya menjadi bekalan di akhirat kelak...

nauzubillah...

Anonymous said...

kisah macam ni banyak sangat jadi kat malayssia. kadangkala terfikir juga, kalau taknak kawin bleh? hehe. saya ni dalam golongan orang yang dah boleh berkahwin tapi bila dengar/tengok cerita mcm ni. rasa takut. susah nak cari pasangan yang betul-betul memahami sekarang ni. lebih-lebih lagi dengan my job ni. huhu

Nik Fauziah Nik Hussin said...

LoL.. mmg mintak disisihkan daripada diberi ujian sebegini..

Kak Mawar..
takpa2..blom smpai seru lagi tuh. hehehe

sya..
mmg btol sya..cinta gila kerana dikuasai nafsu. Nauzubillah..minta dijauhkan Allah.

anonymous
bagi yang berkemampuan seharusnya mengikuti sunnah nabi s.a.w ini. cuma apa yang penting ialah memahami konsep perkahwinan dlm Islam. Jika redha Allah yang dicari, maka insya-Allah segala dugaan dpt diatasi.

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

rumahtangga harus dibina dgn kasih sayang. suami isteri harus menerima kelemahan dan kelebihan masing2. mesti ada give and take dlm rumah tangga. selebihnya berserah kpd Allah.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam kak hajah..
mmg benar apa yang akak kata tu... sentiasa mohon perlindungan dan berserah ke hadrat Allah.